26 March 2011

menangislah


menangislah kerana itu akan membuatkan kita lebih tenang..sesetengah manusia cukup malu untuk mengalirkan air mata..mereka berpendapat menangis membuatkan mereka dilabel sebagai lemah..tidak mempunyai ketahanan mental yang kuat..mereka mungkin terlupa setiap apa yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya..Dia tidak mungkin menciptakan sesuatu tanpa kegunaannya..hatta lipas yang kita anggap sebagai kotor dan mengacau itu pun ada kegunaannya..masakan tidak..kalau lah lipas tidak dicipta..sudah pasti bilik tidur kita berjaya menyandang anugerah "Bilik Ber'ENTROPY' Tertinggi Setiap Sem"..berbalik kepada air mata..menurut kajian..air mata yang mengalir disebabkan oleh emosi tidak terkawal akan membawa bersamadrenocorticotrophic hormone (ACTH)..yang mana merupakan indicator kepada tekanan..individu yang menahan diri dari menangis berpotensi untuk mengalami tekanan..yang seterusnya akan membawa kepada high blood pressure dan heart problem..

air mata yang keluar sewaktu kesedihan dikenali sebagai emotional tears..emotional tears akan membawa lebih banyak bahan-bahan toksik berbanding air mata yang dikeluarkan dalam keadaan biasanya, contohnya sewaktu memotong bawang atau sewaktu menggosok biji mata..menurut kajian.. sewaktu manusia mengalami tekanan perasaan..badan akan menghasilkan banyak bahan toksik..maka emotional tears akan menyingkirkan mangan yang mana akan menyebabkan emosi terganggu..selain itu endorphin leucine-enkelphalin yang berfungsi untuk mengawal perasaan sakit turut sama disingkirkan bersama air mata..

jadi wahai insan-insani..mengapa perlu malu untuk mengalirkan air mata mu..menangislah dan pasti kamu akan lebih tenang..nak cantik lagi..menangis dan mengadulah kepada Dia Yang Maha Satu..

p/s:mode lepas ulang tayang Exploration Of Human Body yang part Air Mata (^^^).. tapi jangan la pulak dok jadi cenggeng semacam..sikit-sikit nak nangis..sikit-sikit nak nangis..ayoooo

25 March 2011

manusia memang begitu ke?

aishhh memang manusia macam tu ke? dengan kawan sendiri pon jadi..iskkh3x manusia-manusia..kot iye pon anda nak sesuatu benda tu..jangan jadi mementingkan diri sangat..asalkan hajat anda tercapai..sanggup tu buat benda yang menyusahkan orang lain..hatta kawan sendiri..tak faham betul la insan bernama manusia nie..aiisshhh..bawak-bawak la sedar diri tu sikit

24 March 2011

disebalik keropok roller coaster



keropok dan kanak-kanak memang tak mungkin dapat dipisahkan..masa zaman kanak-kanak hingusan dulu..saya dan 2 orang lagi kawan cukup terkenal dengan gelaran 3 musketeers..ke hulu ke hilir pon..mesti ada 3 orang..kalau tak cukup tiga mesti rasa macam ada yang tak kena..iskkh3x terus lari dari tajuk asal yer..hehehehe tak kire tak kire..nak cite jugak..jap lagi ada la kaitan cite nie dengan tajuk entri nie kan..ok sambung-sambung..punya la keakraban kami nie diibaratkan bagai isi dengan kuku..sampaikan pacik kedai runcit sebelah sekolah kami pon dah muak kenal tengok muka kami..cool la pacik..kalau bukan ke kedai pacik..mana lagi kami nak lepak isi masa lapang sementara nak tunggu kelas tambahan kan kan kan..tiap kali berpoya-poya ke kedai pacik tadi..benda yang wajib kami sambar adalah seperti yang tertera di atas..mesti kamu-kamu semua tahu kan..keropok yang mahal enak nie..ada 3 perisa kan kan kan..ada yang cheese, spicy dan BBQ..jadi, sudah semestinya kami akan memilih perasa yang berbeza-beza..nanti boleh main tukar-tukar dan aci cuba rasa..sampai la pada satu hari nie..masa nie dah habis UPSR dah..sambil-sambil menikmati keropok roller coaster..kami sempat berbincang pasal masa depan masing-masing..cewaaahhh masa tu memang dah rasa macam dewasa tahap gaban la..sekali seorang kawan saya nie..mengeluarkan ayat piawai playboynya hatta beliau merupakan seorang gadis sunti yang cun meletop..beliau berkata.."korang perasan tak..setiap kali kita beli roller coaster..mesti kite beli perasa yang lain-lain kan..korang tak rasa ker..mungkin ni petunjuk yang lepas nie kita akan berpisah dan bawa haluan masing-masing ke sekolah lain-lain"..huhuhu dan akhirnya kata-kata beliau benar-benar menjadi kenyataan..keluar je keputusan UPSR..kami bertiga telah ditawarkan untuk ke sekolah menengah yang berlainan..patut la orang kata jajan tak elok untuk kesihatan..sebab beliau masin rupanya..dan-dan je masin mulut kawan tu..huhuhuhu ASLIDA SUFIAN & RAIHANA RAMLEE..aku rindu sama kamu..huhuhuh