26 March 2011

menangislah


menangislah kerana itu akan membuatkan kita lebih tenang..sesetengah manusia cukup malu untuk mengalirkan air mata..mereka berpendapat menangis membuatkan mereka dilabel sebagai lemah..tidak mempunyai ketahanan mental yang kuat..mereka mungkin terlupa setiap apa yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya..Dia tidak mungkin menciptakan sesuatu tanpa kegunaannya..hatta lipas yang kita anggap sebagai kotor dan mengacau itu pun ada kegunaannya..masakan tidak..kalau lah lipas tidak dicipta..sudah pasti bilik tidur kita berjaya menyandang anugerah "Bilik Ber'ENTROPY' Tertinggi Setiap Sem"..berbalik kepada air mata..menurut kajian..air mata yang mengalir disebabkan oleh emosi tidak terkawal akan membawa bersamadrenocorticotrophic hormone (ACTH)..yang mana merupakan indicator kepada tekanan..individu yang menahan diri dari menangis berpotensi untuk mengalami tekanan..yang seterusnya akan membawa kepada high blood pressure dan heart problem..

air mata yang keluar sewaktu kesedihan dikenali sebagai emotional tears..emotional tears akan membawa lebih banyak bahan-bahan toksik berbanding air mata yang dikeluarkan dalam keadaan biasanya, contohnya sewaktu memotong bawang atau sewaktu menggosok biji mata..menurut kajian.. sewaktu manusia mengalami tekanan perasaan..badan akan menghasilkan banyak bahan toksik..maka emotional tears akan menyingkirkan mangan yang mana akan menyebabkan emosi terganggu..selain itu endorphin leucine-enkelphalin yang berfungsi untuk mengawal perasaan sakit turut sama disingkirkan bersama air mata..

jadi wahai insan-insani..mengapa perlu malu untuk mengalirkan air mata mu..menangislah dan pasti kamu akan lebih tenang..nak cantik lagi..menangis dan mengadulah kepada Dia Yang Maha Satu..

p/s:mode lepas ulang tayang Exploration Of Human Body yang part Air Mata (^^^).. tapi jangan la pulak dok jadi cenggeng semacam..sikit-sikit nak nangis..sikit-sikit nak nangis..ayoooo

No comments:

Post a Comment